Popular Posts

Sunday, November 7, 2010

Selamat datang ke blog saya!!!

Kepada bakal ibu yg amat dihormati dan disayangi..
Saya amat pasti semua bakal ibu mahu memberikan yg terbaik untuk diri dan bayi selepas melahirkan....tetapi keadaan bakal-bakal ibu yang sedang sarat mengandung selalunya tidak mengizinkan untuk pergi membeli belah barang keperluan diri dan bayi yg perlu digunakan selepas bersalin  Sekarang anda tidak perlu kemana-mana....anda hanya perlu berada di depan PC atau laptop anda,..singgah di blog saya dan barang anda akan sampai ke rumah. Hanya di hujung jari..anda tidak perlu bersusah payah keluar membeli belah. Di sini saya sertakan serba sedikit tentang produk saya...

Bakal-bakal ibu selalunya akan mengalami kesukaran untuk memakai bengkung semasa berpantang.

Di sini ingin saya perkenalkan bengkung yang bakal dapat memudahkan anda semasa berpantang...

BENGKUNG BERSALIN ZIGZAG.

Bengkung bersalin zigzag merupakan bengkung yg dicipta khas untuk ibu-ibu lepas bersalin. Ia mempunyai dua tali untuk memudahkan ibu-ibu memakai sendiri bengkung tatkala berpantang tanpa memerlukan bantuan sesiapa. Ia bertujuan untuk mengembalikan semla bentuk badan anda menjadi langsing seperti sebelumnya.Ia mempunyai rekabentuk yg lebih moden dan lebih mudah untuk dipakai.

BEDUNG @ SELIMUT BAYI

Bedung @ selimut bayi ini diperbuat dari kain cotton flannel yg lembut dan selesa dipakai. Ia dijahit sendiri dengan kemas dan teliti untuk menjaga kualitinya agar dapat memberi keselesaan pada bayi anda. Berukuran besar iaitu 36 x 42 inci agar dapat digunakan dengan lebih lama.

BARUT BAYI.

Barut bayi yg diperbuat dari kain cotton flannel kosong dan bercorak. Ianya amat selesa dipakai. Juga terdapat barut bayi yang diperbuat dari kain kapas biasa. Bersaiz besar iaitu 7 x 18 inci agar dapat digunakan dengan lebih lama.

TUNGKU BABY

Diformulasi dari rempah terpilih berdasarkan resepi dan petua dari ahli keluarga yang berpengalaman. Amat mudah digunakan. Tahan lama dan tidak mudah berkulat kerana semua bahan yang terkandung di dalamnya telah dikeringkan sebelum dibungkus dengan rapi. Menghalang dan mengelakkan bayi anda dari terkena kembung perut.

TUNGKU MODEN

Mempunyai ciri-ciri yg mudah digunakan dan di bawa ke mana-mana keran bersaiz kecil. Tidak memerlukan masa yg panjang untuk memanaskannya. Digunakan untuk membuang angin dalam badan dan menghangatkan badan ibu selepas bersalin.

MANDIAN HERBA LEPAS BERSALIN

Banyak khasiat yg terkandung di dalamnya. Antaranya, membuang angin dalam badan, menyegarkan badan, memulihkan tenaga yg lemah dan juga boleh menghilangkan stress.

No comments:

Post a Comment